“Kalau Rezeki Saya Sebagai Penyanyi Setakat Itu Sahaja Tak Apa..” – Syasya Ingin Fokus Pengajian, Suami Tak Halang Jika Ingin Bekerja

Music
11 Jun 2024 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal tidak menolak sekiranya ada rezekinya untuk kembali menyanyi di masa akan datang. Namun kini, dia ingin menumpukan perhatian kepada pengajian dan rumah tangganya.

Mulakan hidup baru

Menurut Syasya, sekarang tiba masanya untuk dia memulakan hidup barunya bersama suami. Namun begitu, sekiranya ada peluang untuk penyanyi ini kembali berkarya dalam industri nyanyian, Syasya juga tidak menolak.

Saya rasa sudah tiba masanya untuk mulakan langkah baharu dalam hidup, kalau sudah rezeki saya sebagai penyanyi setakat itu sahaja tidak mengapa.

 

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Untuk masa sekarang memang saya tidak akan menyanyi. Saya mahu fokus pada pengajian saya. Namun, kerjaya sebagai penyanyi itu sudah mengalir dalam badan saya, a part of me.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYASYA RIZAL (@syasya.rzl)

Suami tidak halang

Pada masa yang sama, suami kepada Syasya, Nasrullah berkata dia tidak menghalang sekiranya isterinya ingin kembali aktif menyanyi. Namun, dia lebih memilih untuk Syasya menumpukan perhatian kepada perkahwinan mereka terlebih dahulu.

Saya sebagai suami tidak menghalang untuk dia bekerja. Tetapi sebaiknya dia menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah. Berkenaan bidang seni, jika ada rezeki pada masa depan insya-Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYASYA RIZAL (@syasya.rzl)

Untuk info, Syasya telah sah bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April lalu dan kemudiannya meraikan dua majlis resepsi pada Sabtu lepas.

image is not available 2 days ago

“Saya Dah Bagi Hint Nak Kahwin..” - Didakwa Nenek Tak Restu Perkahwinan, Syasya Tampil Beri Penjelasan