Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia: Fahmi

2 Nov 2023 • 11:52 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, 73, meninggal dunia malam ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil  menerusi hantaran di laman X malam ini berkata beliau baru menerima khabar sedih itu.

Katanya Allahyarhamah seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih memperjuangkan nasib rakyat.

“Baru terima khabar cukup sedih dan duka, Kak Natrah Ismail, mantan Ahli Parlimen Sekijang, baru sahaja kembali ke rahmatullah. Kami berkhidmat bersama dalam Parlimen ke-14.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya,” kata Ketua Penerangan PKR itu.

Sementara itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menerusi laman Facebooknya memaklumkan Natrah meninggal dunia akibat kanser di Hospital Segamat.

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022. - 2 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved