PGRS lebar sayap ke Labuan

Politics
1 Nov 2023 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Parti politik berpangkalan di Sabah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) melebarkan sayap ke Labuan dengan 21 cawangan dan lebih 2,000 anggota.

PGRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, meletakkan adik kepada bekas Ahli Parlimen Labuan Mulok Awang Damit iaitu Rosli Awang Damit untuk mengetuai bahagian Labuan.

Naib Presiden I PGRS Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif berkata parti itu bekerjasama erat dengan parti komponennya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam usaha meraih penerimaan meluas masyarakat pelbagai kaum di pulau itu.

“Kami mahu PGRS Labuan diterima oleh rakyat berbilang kaum di pulau ini dengan kerjasama daripada PBS di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PGRS bahagian Labuan pertama di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Beliau optimis PGRS mempunyai kekuatan akar umbi dan percaya parti itu mampu memenangi hati rakyat di Labuan.

Mohd Ariffin turut menekankan kepentingan untuk terus mengembangkan keanggotaan parti itu menerusi pelbagai platform.

“Parti ini berhasrat untuk menunjukkan komitmennya kepada rakyat dan mendapatkan kepercayaan mereka, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Labuan.

“Perluasan PGRS ke Labuan merupakan langkah ke hadapan yang signifikan bagi parti dan pemimpinnya optimis dengan prospek di Wilayah Persekutuan ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.