Bekas Ahli Politik Pula Didakwa Terlibat, Buat Ugutan Di Rumah Cikgu Chandra

LocalPolitics
12 Mar 2026 • 12:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kediaman aktivis S Chandrasegaran, lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra, sekali lagi menjadi sasaran serangan dan ugutan daripada seorang bekas ahli politik serta beberapa individu lain pagi tadi.

Bekas Ahli politik beri ugutan

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila lelaki terbabit datang ke rumahnya dan bertindak mengugut.

“Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi. Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak dikenali terjadi,” katanya, hari ini.

Media semalam melaporkan bahawa Cikgu Chandra tetap akan menetap di kediamannya dan tidak bercadang untuk berpindah.

Dalam pada itu, polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat dan ugutan jenayah melibatkan Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong, pada 9 Mac lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, dilaporkan berkata, siasatan bagi insiden pertama dijalankan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana khianat dan ugutan jenayah.

Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung khianat dengan api yang melibatkan kenderaan di lokasi sama.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

The post Bekas Ahli Politik Pula Didakwa Terlibat, Buat Ugutan Di Rumah Cikgu Chandra appeared first on Borak Daily.