Terus Bersuara! Cikgu Chandra Tak Akan Pindah Meski Rumah Diceroboh, Kereta Dibakar

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 2:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Aktivis S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra menegaskan beliau tidak akan berpindah ke mana-mana dan tidak akan melarikan diri dari kawasan ini.

Beliau yakin hampir keseluruhan rakyat Malaysia sedang menyokong perjuangan yang dibawanya.

Menurutnya, walaupun kediamannya diceroboh dan keretanya dibakar, beliau tetap tidak akan berhenti bersuara walaupun berdepan insiden serangan dan ugutan.

image is not available

Cikgu Chandra Tak Akan Pindah

Cikgu Chandra berkata insiden tersebut tidak melemahkan semangatnya, malah menguatkan lagi tekad untuk terus memperjuangkan isu-isu membabitkan pencerobohan tanah dan gangsterisme yang memberi kesan kepada masyarakat.

“Saya kini berada dalam keadaan baik dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan orang ramai. Ramai pihak memberikan sokongan kepada saya.
“Ada juga pihak media yang menghubungi dan bertanya sama ada saya akan berhenti selepas insiden ini. Jawapan saya jelas, tidak. Insiden ini sebaliknya menaikkan lagi semangat saya untuk terus bersuara,” katanya, hari ini.

Tegas beliau, dirinya tidak akan gentar dengan sebarang ugutan dan tidak bercadang meninggalkan kawasan tempat tinggalnya.

“Saya tidak akan berpindah ke mana-mana dan tidak akan melarikan diri dari kawasan ini,” ujarnya.

Semalam, dua laporan polis telah diterima berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong pada 9 Mac lalu dan semalam.

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata bagi insiden pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah.

Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

The post Terus Bersuara! Cikgu Chandra Tak Akan Pindah Meski Rumah Diceroboh, Kereta Dibakar appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved