Bekas Anggota Polis Menyamar Jadi Polis Dicekup, Didakwa Lakukan Aktiviti Peras Ugut

Entertainment
11 Mar 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun tugas polis sememangnya menyelamatkan keadaan dan memastikan keselamatan orang ramai, namun zaman sekarang ramai yang telah mengambil kesempatan.

Malah, ada juga yang dilihat membuat kerja ‘kotor’ dengan meminta upah wang dan sebagainya. Banyak juga kes pihak yang mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai anggota polis.

Baru-baru ini, seorang lelaki bekas anggota polis telah dicekup selepas didakwa telah melakukan aktiviti peras ugut ketika menyamar sebagai pegawai polis.

Menerusi laporan @mynewshub di platform X, lelaki terbabit merupakan bekas anggota polis berpangkat koperal yang telah dipecat pada tahun 2021 atas kesalahan jenayah yang dilakukannya.

Difahamkan, siasatan awal mendapati lelaki terbabit masih aktif menyamar sebagai anggota polis dan membuat aktiviti pemerasan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat beberapa anggota polis telah menahan dan menggari lelaki terbabit serta sebuah motosikal dipercayai milik suspek. Katanya, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu di Tol Duta menghala Tol Duke 2.

Sementara itu, seorang pengguna menerusi ruangan komen mendakwa bekas anggota terbabit digantung kerja disebabkan pernah melakukan peras ugut di kawasan Sungai Buloh.

Dedahnya, ramai rakan-rakan anggota telah menasihati lelaki terbabit memandangkan suspek mempunyai tanggungan yang besar.

Selain itu, netizen juga mengatakan kes sebegini menguatkan lagi alasan untuk meminta anggota polis menunjukkan kad kuasa bagi mengelakkan tertipu dengan pihak yang menyamar.

image is not available image is not available

Hmm macam-macam orang boleh menyamar sekarang…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.