Bekas Atlet Paralimpik Koh Lee Peng Dilihat Meraung, Netizen Dakwa Kerusi Roda Rosak Jadi Punca

LocalSports
11 May 2026 • 2:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video memaparkan bekas perenang Paralimpik negara, Koh Lee Peng menangis teresak-esak berhampiran Pavilion Kuala Lumpur telah mengundang rasa sebak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rakaman yang dikongsikan di Facebook itu menunjukkan Koh kelihatan berada dalam keadaan sangat tertekan ketika duduk di atas kerusi rodanya di sebuah laluan pejalan kaki sekitar kawasan Bukit Bintang.

Advertisement

d

Menurut kapsyen yang dikongsikan oleh pemilik hantaran, Koh dikatakan sudah lama menjual tisu di luar Pavilion bagi menyara kehidupannya.

Hantaran tersebut turut mendakwa Koh sebelum ini merupakan atlet renang Paralimpik yang pernah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan serantau termasuk ASEAN Para Games.

Difahamkan, beliau pernah memenangi pelbagai pingat sepanjang bergelar atlet negara dan mengharumkan nama Malaysia sebelum bersara daripada dunia sukan kompetitif.

Menurut perkongsian itu lagi, disebabkan tekanan hidup dan masalah kewangan, Koh kini mencari rezeki dengan menjual tisu di sekitar Bukit Bintang.

“Ya, tiada siapa tiba-tiba menangis di tepi jalan melainkan mereka benar-benar sudah terlalu tertekan. Ada apa yang berlaku sampai dia jadi macam ini? Dia dulu sangat kuat.”

Beberapa netizen turut mendakwa kerusi roda elektrik milik Koh mungkin mengalami kerosakan selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang lalu di kawasan tersebut, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi berhubung dakwaan itu.

“Ruangan komen mendakwa kerusi rodanya rosak selepas dilanggar kenderaan yang lalu.”

Susulan spekulasi tersebut, ramai mula berbincang tentang cara untuk membantu Koh termasuk usaha kutipan dana bagi membaiki atau menggantikan kerusi roda itu sekiranya dakwaan tersebut benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zufar2026-05-11 11:28:44

Remaja Hidap Disleksia Jual Air Tembikai Harga Seikhlas Hati, Semangat Cari Rezeki Sentuh Hati Netizen - "Saya Tak Pandai Mengira.."

The post Bekas Atlet Paralimpik Koh Lee Peng Dilihat Meraung, Netizen Dakwa Kerusi Roda Rosak Jadi Punca first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article