Bekas CEO Google Hadir Dengan Syarikat Memfokuskan Komunikasi Menggunakan AI, Dinamakan Hooglee

TechnologyDigital
13 Jan 2025 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Eric Schmidt, Bekas CEO Google kini hadir dengan sebuah syarikat baharu dinamakan sebagai Hooglee. Syarikat baharu ini dilihat akan memfokuskan kepada komunikasi yang dipermudahkan melalui penggunaan video dan kecerdasan buatan. 

Melalui laman rasmi Hooglee, ia menyatakan menyasarkan untuk mengubah bagaimana manusia berkomunikasi melalui penggunaan sokongan kecerdasan buatan dan juga video. Buat masa ini, tiada sebarang produk yang ditawarkan oleh Hooglee kepada orang awam.

Mengikut beberapa spekulasi dan sumber yang berkongsikan kepada pihak Forbes, ia dikatakan Hoogle akan menawarkan kemudahan menjana video dikuasakan dengan kecerdasan buatan, serta mengimplementasi sokongan rangkaian sosial. Ini juga mungkin memposisikan penawaran pertama dibawah Hooglee sebagai pesaing untuk TikTok.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah sasaran bekas CEO Google ini, dan apakah kejutan baharu yang akan dibawakan oleh Eric Schmidt melalui Hooglee ini.