Bukalapak, salah satu laman edagang di Indonesia kini melakukan perubahan drastik pada operasi syarikat mereka, mengatakan akan berhenti menjual produk fizikal melalui platform mereka. Sebagai ganti, Bukalapak akan memfokuskan untuk jual produk digital atau maya sahaja selepas ini, termasuk seperti kredit talian mudah-alih, baucar perkhidmatan penstriman, dan sebagainya.

Bukalapak memberikan tarikh sehingga 9 Februari 2025 untuk pengguna melakukan tempahan produk fizikal terakhir, sebelum perubahan ini berkuat-kuasa.
Bukalapak mengatakan perubahan ini dijangka memberikan impak kepada para peniaga pada platform tersebut, namun perlu melakukan perubahan dalam memastikan kelangsungan syarikat mereka.
Arena edagang di Indonesia sendiri mempunyai beberapa pemain utama, termasuk Tokopedia yang dimiliki oleh TikTok Shop, dan juga Shopee. Dengan persaingan sengit, membuatkan Bukalapak sukar menjana keuntungan, membawa kepada perubahan operasi baharu ini.
Untuk makluman, sebelum ini, pada 2019 yang lepas, Bukalapak telah memperluaskan perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia, selain turut mengambil-alih perkhidmatan iPrice.


