Bekas CEO nafi dua pertuduhan perdaya Lembaga Pengarah FIC

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas CEO nafi dua pertuduhan perdaya Lembaga Pengarah FIC

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memperdaya Lembaga Pengarah berhubung pelantikan syarikat bagi projek dan harga pasaran 24 lot tanah.

Tertuduh, Mohd. Zaid Abdul Jalil, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mohd. Zaid didakwa memperdaya Lembaga Pengarah FIC untuk mempercayai bahawa Synergy Promenade Sdn. Bhd. layak dilantik sebagai Project Delivery Partner-Master Developer bagi projek ‘The Proposed Commercial Development On Felda Lots In Jalan Semarak, Kuala Lumpur’ sedangkan tertuduh mengetahui syarikat itu hanya layak dilantik sebagai Project Delivery Partner-Master Planner.

Keadaan itu menyebabkan Lembaga Pengarah FIC meluluskan pelantikan syarikat tersebut sebagai Project Delivery Partner-Master Developer bagi projek berkenaan.

Mohd. Zaid turut didakwa memperdaya Lembaga Pengarah FIC untuk mempercayai penilaian harga pasaran 24 lot tanah milik Felda yang dilaporkan Firdaus & Associates Property Professionals Sdn. Bhd. berjumlah RM330.96 juta sedangkan tertuduh mengetahui nilai sebenar dilaporkan adalah RM691.7 juta.

Dalam masa sama, Mohd. Zaid didakwa memperdaya Lembaga Pengarah FIC untuk mempercayai penilaian indikatif Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) terhadap 24 lot tanah terbabit bernilai RM180 juta, sedangkan beliau mengetahui JPPH tidak pernah memberikan penilaian itu kepada FIC.

Perbuatan itu menyebabkan Lembaga Pengarah FIC menerima tawaran daripada Synergy Promenade berhubung cadangan Minimum Guaranteed Return sebanyak RM500 juta atau 10 peratus daripada Gross Development Value, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara Felda, Persiaran KLCC, di sini pada 16 Januari dan 29 April 2014. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 29 Oktober ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas CEO nafi dua pertuduhan perdaya Lembaga Pengarah FIC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved