Bekas COO Tabung Haji Dimasukkan Ke Hospital, Prosiding Pendakwaan Ditangguh 24 Sept

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 2:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas COO Tabung Haji Dimasukkan Ke Hospital, Prosiding Pendakwaan Ditangguh 24 Sept

SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) -- Prosiding pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) ditangguh kepada 24 Sept ini susulan beliau sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan berkaitan masalah jantung.

Peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili bekas COO itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana telah dimasukkan ke UM Specialist Centre (UMSC) sejak 31 Ogos lepas.

Beliau berkata berdasarkan nasihat Pakar Kardiologi di institusi perubatan berkenaan anak guamnya sedang menjalani serial ECG recording dan memerlukannya untuk berada di hospital.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah samada pertuduhan perlu dibacakan di mahkamah hari ini.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menangguhkan kes itu kepada 24 Sept ini untuk pertuduhan dibacakan.

“Mahkamah berpandangan adalah tidak feasible untuk dia (bekas COO) berada di mahkamah kerana sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan berkaitan jantung,” katanya.

Sementara itu, Wan Azman Aiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata anak guamnya itu akan didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, SPRM telah memperoleh perintah reman terhadap 11 individu bagi membantu siasatan kes mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Antara yang telah direman termasuk bekas pengerusi TH, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO), bekas menteri, serta beberapa pengurusan kanan dan individu berkait syarikat berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved