Bekas Exco Agama Johor Umum Keluar Parti UMNO & Sertai Bersatu

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 11:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Bekas Exco Agama Johor Umum Keluar Parti UMNO & Sertai Bersatu

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pagi tadi (25 Jun) kecoh dengan berita Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan beliau keluar daripada parti.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “UMNO Bukan Parti Anak Beranak” – Ini Respon Asyraf Wajdi Selepas Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO

Penyandang DUN Layang-Layang umum sertai Bersatu

Namun sebentar tadi dunia politik Johor sekali lagi dikejutkan dengan pengumuman daripada Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim yang turut menarik diri daripada UMNO dan memaklumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang merupakan penyandang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang mengumumkan penarikan dirinya menerusi satu sidang media di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengerusi Bersatu Johor iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Keputusan sertai parti Bersatu dibuat secara sukarela & tanpa paksaan, akan bertanding ADUN Layang-layang

Abdul Mutalip yang sebelum ini berkhidmat sebagai Exco Agama sejak dari 2013 sehingga 2018 dan memaklumkan keputusan untuk menyertai Bersatu dilakukan secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

Bahkan Abdul Mutalip juga memaklumkan bakal bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi DUN N27 (Layang-Layang) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengundi yang desak dan minta bertanding semula di kerusi Layang-Layang

Jelas beliau, keputusan untuk bertanding semula di kerusi berkenaan dilakukan kerana menerima desakan serta permintaan daripada pihak pengundi di kawasan terbabit yang mahu dia terus mewakili rakyat atau penduduk di kawasan tersebut.

“Orang akan tanya sebab apa yang terjadi sebenarnya di N27 Layang-Layang. Kalau kita lihat pengundi Melayu di situ ada lebih kurang hampir 60%.

“Maka saya ditanya oleh pengundi-pengundi saya daripada kalangan orang Melayu. Saya bukan rasis, tidak kita tahu situasi ini sekarang dalam keadaan yang seperti ini pengundi sering akan menanyakan soalan-soalan kenapa tidak ada calon daripada kalangan orang Melayu yang diletakkan oleh parti-parti yang bertanding.

“Saya sudah penat, tapi di atas tanggungjawab demi agama bangsa dan juga pengundi-pengundi saya yang lain yang meminta kepada saya bersama, saya akan bertanding sekali lagi,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Tegaskan pengumuman keluar parti & sertai Bersatu tidak didorong rasa kecewa atau permusuhan dengan UMNO

Beliau turut menegaskan pengumumannya menyertai Bersatu juga tidak didorong perasaan kecewa mahupun permusuhan ke atas UMNO.

“Saya tiada isu dengan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kami semua berkawan, tiada paksaan tiada rasa benci. Parti politik hanyalah platform untuk berkhidmat.

“Kita bukan mahu tunjuk siapa yang baik, tetapi kita akan berusaha lakukan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dengan semangat Maal Hijrah, jadi kita berhijrah kalau ada yang lebih baik.”

Terdahulu Abdul Mutalip menjadi ADUN bagi kerusi N27 Layang-Layang untuk tempoh dua penggal iaitu 2013-2018 dan 2022-2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved