Bekas guru hadapi pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri buat kali keempat

27 Oct 2026 • 2:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas guru hadapi pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri buat kali keempat

KEMAMAN – Seorang bekas guru sekali lagi dihadapkan atas pertuduhan merogol dan mencabul anak tiri perempuan yang kini berusia 27 tahun dalam dua kejadian berasingan pada dua dan tiga tahun lalu di dua mahkamah berbeza, di sini hari ini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. dan Majistret Marsha Abdul Malik.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 25 tahun di sebuah rumah kedai di Kemasik di sini pada pukul 2.20 petang, 20 Mei 2024 mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa pula mencabul kehormatan mangsa sama di dalam sebuah bilik tidur sebuah rumah di Kijal di sini antara pukul 12.45 tengah malam hingga 1 pagi, Oktober 2023 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online 8 September lalu melaporkan lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun di Kuala Nerus pada Julai dan Disember 2013. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas guru hadapi pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri buat kali keempat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved