Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 1:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu image is not available hamden25/04/2026 - 13:30

KUALA LUMPUR 25 April - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.

 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM atau Akta 694.

 

 

 

 

“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pelantikan Abdul Halim bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menyandang jawatan itu dan dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.

 

 

 

 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan senarai calon bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Seri Paduka Baginda, semalam. - BERNAMA

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved