Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjarakan 10 Tahun Hanya Kerana Tegur ‘Liberalism’ Dalam Khutbah

Entertainment
30 Aug 2022 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Imam Masjidil Haram di tanah suci Mekah, telah ditangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun. Menurut perkongsian daripada Novelis Iskandar Zulfaqar, nama Sheikh Saleh Al-Talib ini sedang popular dan trending di media sosial.

Menurut sumber, dia ditangkap bukanlah sebab melakukan kesalahan tetapi dia telah ditangkap hanya kerana membuat teguran kepada pemerintah Saudi yang mengimplementasikan unsur-unsur liberalism di negara itu.

Malah heikh Saleh Al-Talib juga menentang tunggak pemerintahan yang menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan di tempat awam dan tempat hiburan dalam ucapannya.

image is not available

Beliau juga menentang keputusan kerajaan Saudi yang membuka kelab malam yang dianggap “halal”, kesemua teguran ini dibuat dalam satu khutbah Jumaat pada tahun 2018, namun dia tak buat teguran itu secara direct kepada kerajaan.

Disebabkan itu, Sheikh Saleh Al-Talib telah ditahan dan dipenjarakan selama 10 tahun. Beliau turut dipecat sebagai imam Masjidil Haram, beliau disabitkan atas kesalahan mengkritik kerajaan Saudi.

image is not available

Baru-baru ini pada 22 Ogos lepas, kes Sheikh Saleh Al-Talib dibicarakan semula. Malangnya, kerajaan Saudi kekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Sheikh Saleh Al-Talib.

Sumber juga mendakwa bahawa berita ini telah disiarkan oleh semua media di seluruh dunia kecuali Arab Saudi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.