Bekas isteri buat kejutan! Datuk Red sambut hari lahir bersama 10 orang anak

LocalFamily & Parenting
26 Mar 2025 • 3:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Datuk Red rai hari lahir

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, iaitu Datuk Red, menyambut ulang tahun kelahiran ke-47 telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, dia menghargai usaha Adira yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis tersebut.

Datuk Red sambut hari lahir

@dato..red

Allhamdullilah hanya Allah la percaturan terbaik.tq peng asbabnya @Adira Suhaimi mnhabiskan wang,tenaga dan usaha tuk mnjayakn hari kelahiran sya.untuk adira sya dh x de kata2 tuk awak.kegembiraan sya dpt kumpulkn 10 ank2 sya dan berjumpa ngan adik beradik sya nikmat yg lama sya impikan.beebeza ngan thn lepas hanya sya seorang di dlm kereta.dan tak lupa sahabat2 sya d tiktok yg tak henti2 ucapkn swlamat ulang tahun.sya beedoa d akhirat nanti kita berjumpa.dan akhir sekli buat adira.andai kita tak ada jodoh n usia saya singkat.sya doakn awak bahgia dan beejaya dgn anak2

♬ original sound - bigboss - bigboss

“Terima kasih Adira kerana menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.

“Untuk Adira, saya sudah tiada kata-kata untuk awak,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa bahagia kerana tidak menyangka dapat meraikan hari istimewa tersebut bersama kesemua cahaya matanya.

Malah, Datuk Red sempat meluahkan perasaannya dengan berharap Adira terus bahagia bersama anak-anak sekiranya mereka tidak dijodohkan semula.

Datuk Red sambut hari lahir

image is not available

image is not available

“Saya gembira dapat kumpulkan 10 orang anak saya dan berjumpa dengan adik-beradik saya. Ia adalah nikmat yang lama saya impikan.

“Buat Adira, andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya bersama anak-anak,” tulisnya lagi.

Sekadar info, pasangan ini pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Namun bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun hidup bersama.

image is not available

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob kini berusia tiga tahun serta dalam jagaan Adira.

Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila.

Sumber: TikTok @Abg Red

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved