Adira Nafi Bakal Rujuk, Anggap Kenyataan Datuk Red Hanya Gurauan - “Tiada Berita Gembira, Dia Memang Jenis Suka Bergurau”

17 Mar 2025 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan bakal kembali rujuk bersama bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

 

Anggap kenyataan Datuk Red hanya gurauan

Menurut Adira, dia menganggap kenyataan yang dikeluarkan Datuk Red sebelum ini hanyalah sekadar gurauan.

"Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja. Misalnya, dalam sesi 'live', ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab 'sudah'.

"Dia orangnya jenis begitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami," jelasnya.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment bertempat di Glam Hall, Damansara baru-baru ini.

 

Belum terfikir untuk berkahwin

Dalam masa yang sama, Adira juga menjelaskan buat masa ini dia masih belum terfikir untuk berkahwin semula.

 Bagaimanapun pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 34, ini menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

"Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.

"Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.

"Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah... Kalau tiada pun tak mengapa," katanya.

 

 

 

 


Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.