Keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bekas Isteri Najib Kini Kritikal
Perkara itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi Facebook pada Rabu, sambil memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya.
Menurut Nizar, keluarganya amat mengharapkan doa agar segala kesakitan yang dialami ibunya diangkat serta diberikan kekuatan dan kesembuhan.
“Keadaan bonda masih kritikal. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan buat bonda.”
Siapa Bekas Isteri DS Najib?
Dalam hantaran berasingan, akaun Facebook Najib Razak turut berkongsi perkembangan sama selain menitipkan doa buat Tengku Puteri Zainah dan seluruh ahli keluarga.
Tengku Puteri Zainah, 65, dilaporkan sedang menerima rawatan di ICU Aras 1, Hospital Gleneagles Ampang. Beliau merupakan ibu kepada Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.
Keluarga turut memohon orang ramai agar memberikan ruang dan bersama-sama menitipkan doa buat beliau sepanjang menjalani rawatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Hasmah Dah Pergi Sebulan Tetapi.. " - Tun Dr Mahathir Buat Hantaran Meruntun Hati, Ucap Terima Kasih Buat Rakyat
The post Bekas Isteri Datuk Seri Najib Kini Kritikal Di ICU, Nizar Mohon Doa Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





