Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Kritikal, Dirawat Di ICU

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 7:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Kritikal, Dirawat Di ICU

AMPANG - BEKAS isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Gleneagles Ampang.

Perkara itu dimaklumkan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memohon orang ramai, saudara-mara dan kenalan agar mendoakan kesihatan serta kesembuhan ibunya.

“Dengan rendah hati, saya memohon doa daripada semua sahabat, saudara-mara dan kenalan untuk kesihatan ibu tersayang, Tengku Puteri Zainah, yang kini sedang menerima rawatan di ICU.

“Keadaan beliau masih kritikal. Semoga Allah SWT meringankan kesakitannya, memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

Hantaran berkenaan turut dikongsi menerusi akaun Facebook Najib yang turut menitipkan doa buat Tengku Puteri Zainah serta seluruh ahli keluarga.

Menerusi perkongsian itu, Najib mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Tengku Puteri Zainah serta keluarganya dalam menghadapi ujian berkenaan.

Beliau turut berharap segala kesakitan yang ditanggung dipermudahkan, selain urusan rawatan berjalan lancar dan dikurniakan kesembuhan terbaik.

Tengku Puteri Zainah, 65, mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Najib iaitu Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin. - Getaran, 4 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved