Bekas Isteri Fikry Ibrahim Luah Perasaan, Reda Dengan Perpisanhan – “Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya”

Entertainment
23 Sep 2026 • 10:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas isteri Fikry Ibrahim, Khalizah Alihan, tampil berkongsi luahan hati selepas pelakon itu semalam mengumumkan bahawa mereka telah berpisah sejak lebih enam bulan lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Khalizah memilih untuk meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang dan menerima ketentuan Allah terhadap perjalanan rumah tangga mereka.

Advertisement
View this post on Instagram

“Satu babak yang panjang akhirnya telah berakhir.”

Khalizah berkata, dia mungkin masih belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran tersebut, namun percaya terdapat hikmah dalam setiap ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

khalizah

“Saya memilih untuk terus melangkah dengan hati yang berdamai dengan apa yang telah Allah tuliskan. Saya mungkin belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini hari ini, tetapi saya percaya ada hikmah dalam setiap qadar.”

Dalam masa sama, dia turut mendoakan agar Allah mengampunkan segala kekurangan mereka, menyembuhkan apa yang perlu disembuhkan serta menggantikan segala kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.

Khalizah turut mengucapkan terima kasih kepada Fikry kerana pernah menjadi insan yang dicintainya serta pernah bergelar suami.

“Dia Pernah Jadi Orang Yang Saya Cintai” – Fikry Ibrahim Umum Sudah Bercerai Dengan Isteri Sejak 6 Bulan Lalu

“Terima kasih kerana pernah menjadi insan yang saya cintai dan kerana pernah menjadi suami saya, sebahagian daripada satu bab yang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya dan tidak akan pernah dilupakan.”

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa berada di sisinya sepanjang melalui perjalanan tersebut.

Di penghujung perkongsian, Khalizah memilih untuk meninggalkan bab tersebut dengan kemaafan, penerimaan dan doa.

“Dan dengan itu, saya tinggalkan bab ini dengan kemaafan, penerimaan dan doa.”

Dia turut menutup luahannya dengan rasa syukur terhadap apa yang telah berlaku serta menyerahkan masa depan kepada ketentuan Allah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan d bawah.

Image from: Bekas Isteri Fikry Ibrahim Luah Perasaan, Reda Dengan Perpisanhan – “Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya”2026-09-22 18:05:29

"Dia Pernah Jadi Orang Yang Saya Cintai" - Fikry Ibrahim Umum Sudah Bercerai Dengan Isteri Sejak 6 Bulan Lalu

The post Bekas Isteri Fikry Ibrahim Luah Perasaan, Reda Dengan Perpisanhan – “Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved