Bekas Isteri Kata Abang Viva Belum ‘Move On’, Dakwa Tidak Telus Beri Sumbangan Banjir

4 Dec 2025 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas isteri kepada sukarelawan, Abang Viva iaitu Evanoza Zakaria meraih perhatian ramai apabila memberi bayangan bekas suaminya itu masih tidak dapat menerima hakikat bahawa hubungan mereka telah berakhir.

Tak telus beri sumbangan

image is not available

Menerusi hantaran di Threads, Evanoza menunjukkan satu tangkap layar perbualan bersama Abang Viva di platform WhatsApp beserta status yang ditulis khas mengenai dirinya.

Sehubungan itu, dia meminta Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar untuk menghormati keputusan penceraian yang telah dibuat sejak lapan bulan yang lalu.

image is not available

“Move on please. Dah dah lah, anggap kita takde jodoh.
“Saya ada kerjaya saya dan sedar apa yang kita buat ni langkah bodoh untuk pasangan yang dah bercerai. Malu, tapi saya perlu untuk pertahankan diri saya,” ciapan Evanoza, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Evanoza juga mendakwa bahawa Abang Viva tidak menguruskan sumbangan yang diberikan dengan telus malah menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

image is not available

“Saya korban kan segalanya.
“Saya tutup rapat kisah awak jual semua yang orang bagi, NGO tak telus, makan dana orang bagi beli bot siap enjin tapi rosak sebab tak berkat,” jelasnya.

Artikel lain: Banjir Aceh: Rakyat Indonesia Terharu Atas Bantuan Perubatan Malaysia

Untuk rekod, Evanoza mendirikan rumah tangga bersama Abang Viva pada 14 Oktober 2022 namun perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada 13 Mac 2025.

Sumber: Threads evanoza1

The post Bekas Isteri Kata Abang Viva Belum ‘Move On’, Dakwa Tidak Telus Beri Sumbangan Banjir appeared first on Borak Daily.

View Original Article