Bekas Isteri Nubhan Didakwa Temui Kebahagiaan Baharu, Hubungan Dapat Restu Keluarga?

15 Jun 2026 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas perkahwinan selama sedekad berakhir pada Disember tahun lalu, kehidupan bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie, kembali menjadi perhatian ramai.

Menurut sumber, doktor gigi berkenaan dikatakan sudah menemui seseorang yang istimewa dalam hidupnya dan kini sedang mengenali hati budi individu tersebut dengan lebih rapat.

Advertisement
View this post on Instagram

Walaupun hubungan mereka difahamkan masih di peringkat awal dan sekadar berkawan, hubungan itu dikatakan mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Dr. Fie pernah dilihat bergambar bersama beberapa individu di hadapan sebuah pesawat persendirian, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Perkongsian itu turut menimbulkan pelbagai andaian mengenai identiti individu yang dikaitkan dengannya, termasuk dakwaan bahawa lelaki berkenaan mempunyai kedudukan penting dalam sebuah syarikat besar.

View this post on Instagram

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat oleh Dr. Fie berhubung perkara tersebut.

Apa pun, ramai yang mendoakan agar beliau terus menemui kebahagiaan selepas melalui episod perpisahan dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Image from: Bekas Isteri Nubhan Didakwa Temui Kebahagiaan Baharu, Hubungan Dapat Restu Keluarga?Image from: Bekas Isteri Nubhan Didakwa Temui Kebahagiaan Baharu, Hubungan Dapat Restu Keluarga?

Setiap individu berhak untuk memulakan lembaran baharu dalam hidup, dan jika benar sedang mengenali seseorang, semoga segala urusan dipermudahkan serta berjalan dengan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peserta masterchef2026-06-10 14:31:58

Gara-Gara Panggil 'Roti Kanai', Peserta Masterchef Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

The post Bekas Isteri Nubhan Didakwa Temui Kebahagiaan Baharu, Hubungan Dapat Restu Keluarga? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.