Bekas Isteri Tahu View Chin Bawa Anak Bercuti Dengan ‘Girlfriend’, Siap Pesan Jangan Nakal

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
view chin

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, View Chin yang pernah menjadi kontroversi dilaporkan bercuti dengan anak-anak.

Percutian tersebut turut disertai kekasih View Chin iaitu Mira yang sebelum ini dikaitkan sebagai penyondol.

Shermine minta netizen tak perlu risau, tahu anak-anak bercuti dengan Mira

image is not available

Susulan itu, ada segelintir netizen tampil mengadu kepada bekas isteri View Chin. Rupa-rupanya bekas isteri View Chin, Shermine Ah Moi sudah dimaklumkan mengenai percutian tersebut.

Shermine menjelaskan dia sudah move on dengan hidup masing-masing dan tidak rasa terganggu. Malah, dia sendiri menerangkan kepada anak-anak bahawa percutian bersama bapa mereka turut disertai kekasih bapa mereka.

Siap nasihat anak jangan nakal, hormat aunt

@sherminehauahmoi_dq

Thank you korang support ahmoi Ahmoi harap ahmoi akan berjumpa lelaki yang baik jugak Bagi ruang saya dengan Ex kita dah masing2 ada hidup sendiri Ahmoi pun doakan Ex akan baik2, business lebih bagus 2025 we need to meet our New life and New journey

♬ keshi Chill R&B Guitar Type Beat Ripple – 4Hunnid

Dia menasihati anak-anak supaya tidak nakal dan menyapa ‘aunt’ dengan baik. Selain itu, Shermine meminta anaknya tidak ‘buat perangai’ yang membuatkan ‘aunt’ berasa tidak selesa.

Shermine meminta netizen tidak bimbang kerana tidak mungkin anaknya akan direbut wanita lain. Jelasnya, hubungan ibu dengan anak sangat kuat kerana dialah yang melahirkan dan membesarkan mereka.

Sikap profesional dan matang Shermine menerima pujian ramai kerana keupayaannya mengutamakan kebahagiaan anak-anak walaupun berdepan cabaran emosi.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menunjukkan kepentingan bersikap matang dalam menghadapi konflik keluarga, terutama demi kebahagiaan anak-anak. Kebijaksanaan Shermine dalam mengurus emosi dan menjaga hubungan baik menjadi contoh yang patut diikuti.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @sherminehauahmoi_dq


The post

appeared first on

.