Untungnya! Habis peperiksaan SPM, guru bawa anak-anak murid pergi bercuti bersama

LocalFamily & Parenting
23 Jan 2025 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang guru bawa anak-anak muridnya yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pergi bercuti sehingga mencuri perhatian warganet.

Menerusi hantaran tular dimuat naik seorang guru dikenali Cikgu Huzaimi, pada awalnya dia membuat trend dengan memaklumkan akan bawa para pelajarnya pergi bercuti selepas habis peperiksaan sekiranya marker dibalingnya tidak masuk ke dalam bekas alat tulis.

Dilihat seakan sengaja tidak mahu marker berkenaan masuk ke dalam bekas, guru itu kemudiannya membawa kesemua anak muridnya meluangkan masa bersama menikmati keindahan dan ketenangan di DSH Villa Hulu Langat, di sini.

Menurutnya, percutian bersama itu adalah tiket dan memori terakhir mereka sebelum masing-masing berpisah melangkah ke alam dewasa.

“Percutian terakhir bersama anak-anak murid selepas SPM 2024 dan sebelum mereka memulakan langkah dewasa nanti.
“Good luck semua,”tulisnya.

image is not available

Guru bawa anak-anak murid pergi bercuti

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Untungnya! Jom ajak cikgu kita juga

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata warganet terutama para pelajar turut tidak ketinggalan meluahkan rasa cemburu dan mahu juga mengajak guru mereka pergi bercuti bersama bagi mengeratkan hubungan sedia ada.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Seronok betul tengok mereka! Moga hubungan antara mereka tidak terhenti sampai di sini sahaja.

Sumber: TikTok zemimazlan