Bekas Jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng Kritikal Akibat Kemalangan Di Sydney

11 Sep 2025 • 5:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas jurulatih perseorangan badminton negara, Wong Tat Meng yang pernah membimbing pemain utama negara Lee Zii Jia, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Sydney, Australia hujung minggu lalu.

Jurulatih Zii Jia dirawat di ICU

Menurut laporan Stadium Astro, kemalangan berlaku di Putty Road, Garland Valley apabila dua motosikal bertembung.

image is not available

Foto: Stadium Astro

Salah seorang penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang berusia 58 tahun dikejarkan ke hospital New South Wales dalam keadaan parah.

Artikel lain: Zii Jia Tewas Di Tangan Pemain Korea, Terkandas Awal Di Paris

Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Wong Tat Meng yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU)

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Tat Meng pernah menjadi antara jurulatih penting dalam karier Zii Jia. Di bawah kendaliannya, pemain itu berjaya mencatat pencapaian besar termasuk meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Sepanjang kerjayanya, Tat Meng turut berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selain berpengalaman melatih di luar negara. Beliau dikenali sebagai jurulatih berpengalaman luas yang banyak menyumbang kepada pembangunan pemain perseorangan elit.

Sumber: Stadium Astro (Muzaffar Musa)