Bekas Kekasih Hafiz Hamidun Meninggal Dunia Akibat COVID-19 – “Saya Memang Terkejut, Tapi…”

Entertainment
23 Feb 2024 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun mendedahkan bahawa bekas kekasihnya yang berasal dari Indonesia telah pun meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 sekitar tahun 2021 yang lalu.

Kekasih hati meninggal dunia

Kongsi Hafiz, perkenalannya bersama wanita itu terhenti kerana tragedi itu dan mengakui terkejut apabila mendengar berita duka tersebut.

Dia meninggal dunia kerana COVID-19, ini serius, perkara itu terjadi pada tahun 2021. Saya dapat tahu dari keluarga dia, saya memang terkejut.

Tapi masa tu kita tahu bila kita dimasukkan ke hospital sebab COVID, kita dah bersedia untuk terima apa pun keputusannya.

Tak tolak jika dipertemukan jodoh lagi

Meskipun diuji dengan berita sedih itu, Hafiz walau bagaimanapun tidak berputus asa dan menolak sekiranya bertemu jodoh di usianya yang telah mencecah 40 tahun.

Pada saya nak ada rumah tangga ni kena ada komitmen. Insyallah pada masa akan datang saya tak menolak sekiranya ada jodoh.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah bernikah dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017 namun berpisah pada bulan Oktober 2017.

Kedua-duanya berpisah kerana mendakwa perkahwinan yang dibina tiada persefahaman dan kebahagiaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Buat Salah Macam Mana Pun, Anak Tetaplah Anak" - Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen