
Setiap kali pasukan bola sepak tempatan menjadi bualan di peringkat dunia, pastinya kita turut tumpang berbangga. Tak kira lah skuad kebangsaan atau kelab-kelab tempatan, rasa bangga tu tetap ada bila ada yang recognise pasukan-pasukan kita.
Terkini, dikhabarkan pasukan bola sepak dari utara tanah air bakal berdepan sebuah kelab yang pernah menjadi tempat Neymar, bintang Brazil beraksi iaitu Santos Futebol Clube (Santos FC). Pasukan dari Amerika Selatan itu dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kedah Darul Aman FC pada 17 Februari ini di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Santos FC akan terbang ke Doha, Qatar untuk menyertai saingan Equality Cup yang turut membabitkan pasukan dari Rusia, China dan Qatar. Saingan itu bermula pada 4 Februari dan berakhir pada 13 Februari ini. Seterusnya mereka akan ke Alor Star untuk aksi persahabatan menentang Kedah Darul Aman.
Aksi persahabatan menentang Kedah Darul Aman itu diumumkan oleh kelab itu sendiri menerusi ciapan di X baru-baru ini.
Saiba mais detalhes em https://t.co/Jo4yoJtEtJ pic.twitter.com/z2E3yDANAs
— Santos FC (@SantosFC) February 1, 2024
Untuk rekod, Neymar pernah menyarung jersi Santos FC sebelum bakatnya dihidu oleh kelab-kelab besar Eropah. Selain Neymar, Mendiang Pele juga pernah beraksi di kelab ini sebagai pemain utama pada tahun 1956 sehingga 1974

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


