Bekas Ketua Audit Negara tidak dipanggil prosiding RCI perlu disemak

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas Ketua Audit Negara tidak dipanggil prosiding RCI perlu disemak

PUTRAJAYA – Dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad yang mengatakan beliau tidak dipanggil pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) perlu disemak semula sebelum ia disahkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkenaan perkara tersebut.

“Sekiranya berkenaan fakta-fakta itu, kita perlu menyemak semula dan mengesahkannya. Jadi sekarang ini saya tidak dapat apa-apa maklumat berkenaan perkara tersebut,” katanya ketika ditanya mengenai bekas Ketua Audit Negara yang menzahirkan rasa terkilan kerana tidak dipanggil pada prosiding oleh RCI Lembaga Tabung Haji (TH) walaupun beliau sedia memberi keterangan kepada panel siasatan itu.

Media sebelum ini melaporkan, Madinah yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara pada 2017 hingga 2019, mendedahkan yang beliau sudah berada di pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ketika prosiding RCI TH itu berlangsung tetapi namanya tidak dipanggil.

Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada 20 penerima dan Anugerah Jasamu Dikenang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli menyifatkan bahawa tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan RCI berhubung pengurusan Tabung Haji kelmarin disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Apabila ada Ahli Parlimen yang keluar dan tidak mahu membahaskan, maka saya merasakan bahawa itu bukanlah satu tindakan yang bertanggungjawab. Kita perlu bersama-sama berbahas, bertanya soalan dan mengupas supaya kita dapat mencari satu keputusan ataupun penyelesaian yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbahasan berhubung laporan itu kini telah selesai dan semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk meneruskan proses seterusnya. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas Ketua Audit Negara tidak dipanggil prosiding RCI perlu disemak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved