Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor tertembak di dada

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tan Lek Heng

KOTA TINGGI - Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang cedera selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian dada pada Selasa.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Lek Khang sedang mengadakan sesi latihan menembak di sebuah pusat latihan menembak di sini jam 3 petang tadi.

Beliau dikejarkan ke Hospial Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan sedang menerima rawatan serta dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dihubungi berkata, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta merta susulan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Lek Khang menjadi calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, namun tewas kepada Barisan Nasional (BN).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved