Bekas Ketua Eksekutif HRDC, Shahul Hameed dilantik sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Urusan Green Packet

Business & FinanceStartup
22 Jul 2025 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bekas Ketua Eksekutif HRDC, Shahul Hameed dilantik sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Urusan Green Packet

image is not available

22/07/2025 - 09:00

KUALA LUMPUR 22 Julai - Green Packet Bhd melantik bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Datuk Shahul Hameed Shaik Dawood sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat tersebut.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Green Packet memaklumkan Shahul Hameed, 51, merupakan seorang pemimpin korporat yang berpengalaman luas dengan lebih 30 tahun pengalaman merentasi sektor awam dan swasta, dengan kepakaran utama dalam transformasi perniagaan, pendigitalan dan pembangunan modal insan.

image is not available

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif HRDC di bawah Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2020 hingga 2025.

Di HRDC, Shahul Hameed memainkan peranan penting dalam menggerakkan satu daripada agenda pembangunan bakat paling berimpak di negara ini – melibatkan jutaan rakyat Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan dari industri, akademia dan badan antarabangsa.

“Di peringkat antarabangsa, beliau turut diiktiraf atas kebolehannya membentuk kerjasama strategik yang merentas sektor dan sempadan geografi,” kata Green Packet. - DagangNews.com

standard