Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan SPRM

9 Jan 2024 • 11:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana dipercayai menggunakan kedudukannya.

SPRM berkata, suspek wanita itu dipercayai melantik syarikat perniagaan di mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kerja pengangkutan bagi pihak syarikat terbabit yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM300,000.

Menurut sumber, suspek berusia sekitar 40-an ditahan pada jam 2 petang tadi ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek melakukan kesalahan tersebut pada 2022 di mana syarikat milik suaminya dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.

“Malah semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009.

Katanya, pihak SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada jam 8.30 pagi esok. - 9 Januari, 2024