Bekas KP J-Kom, Agus beri keterangan pada polis

14 Dec 2023 • 2:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KAJANG - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah memberikan keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 11 pagi diiringi oleh peguamnya, Zaflee Pakwanteh, dan keluar dari balai polis pada jam 1.17 petang.

Kedua-duanya bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu di situ, sebaliknya terus menuju ke kenderaan.

Agus, disiasat berhubung rakaman video tidak senonoh yang didakwa memaparkan beliau dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, yang telah tular di media sosial.

Bagaimanapun kedua-duanya dalam satu sidang akhbar mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sebenarnya sudah disunting.

Pada 20 November lalu, Agus telah memberikan keterangan di balai polis yang sama.

Beliau sebelum ini turut mendakwa mengenai peranan ‘Mr H’ sebagai dalang membabitkan kes rakaman video terbabit.

Agus meletak jawatan pada bulan lepas sebelum klip video berkenaan menjadi tular. – 14 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved