Mohammad Agus beri keterangan kes gangguan seksual

14 Dec 2023 • 8:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar) selesai memberi keterangan kepada polis, dipercayai berkaitan kes gangguan seksual melibatkan dirinya dan seorang kakitangan jabatan berkenaan.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada pukul 11 pagi dan selesai memberi keterangan pada 1.17 tengah hari.

Mohammad Agus bagaimanapun enggan bertemu dengan media selepas selesai memberi keterangan dan hanya melambai tangan.

Pada 30 Nov lepas seorang kakitangan J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jailani, tampil membuat laporan mendakwa Mohammad Agus telah membuat gangguan seksual terhadap beliau di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Okt lepas.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan Mohammad Agus diambil keterangan di IPD Kajang hari ini. -Bernama