Bekas kumpulan One Direction, Liam Payne maut jatuh tingkat 3 hotel

WorldEntertainment
17 Oct 2024 • 7:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.

BEKAS ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.

Memetik laporan media antarabangsa, Payne yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.

Menurut pegawai keselamatan, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Pihak polis memaklumkan, ketika panggilan diterima, laporan menyebut tentang "seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol".

Petugas ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi itu, yang ditemui di patio teres dalaman hotel.

Liam Payne merekodkan kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada 2010, namun berpecah pada 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved