“Nyanyi lagu Sepanyol” – Peminat Kongsi ‘Moment’ Bertemu Dengan Liam Payne Malam Sebelum Kematiannya

Entertainment
17 Oct 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kita digemparkan dengan kematian bekas anggota kumpulan boyband United Kingdom, One Direction iaitu Liam Payne.

Penyanyi berusia 31 tahun itu difahamkan terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Aregntina.

Polis Buenos Aires ke lokasi tersebut sejurus menerima panggilan 911 mengenai seorang lelaki yang bertindak agresif dan berkemungkinan di bawah pengaruh dadah atau alkohol, kenyataan polis bagaimanapun tidak mengenal pasti lelaki berkenaan adalah Liam.

Kematian penyanyi itu menjadi perhatian media sosial hari ini, salah satu video yang tular baru-baru ini memaparkan peminat Liam sempat bertemu dengannya malam sebelum kejadian tersebut.

Dalam video itu, Liam kelihatan mesra melayan peminat malah sempat menyanyikan lagu berbahasa Sepanyol kepada peminatnya tersebut.

Terdapat juga video memaparkan peminat kumpulan One Direction berkumpul di pekarangan hotel berkenaan dan menyanyikan lagu berjudul History sebagai tanda penghormatan terakhir buat Liam Payne.

Sumber: X (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.