Bekas MB Kelantan dilantik Musyidul Am Pas, ganti Hashim Jasin

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas MB Kelantan dilantik Musyidul Am Pas, ganti Hashim Jasin
Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa.

Menurut beliau, pelantikan bagi penggal 2026 hingga 2030 itu diputuskan dalam persidangan MSU Pas.

"Jawatan Timbalan Mursyidul Am pula disandang oleh Datuk Dr Mahfuz Mohammad.

"Ahmad turut melantik Mohd Asri Mat Daud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, sebagai Setiausaha MSU," katanya.

Beliau berkata, MSU turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan amanah tersebut.

"Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan," katanya.

Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved