Bekas MB Perlis meninggal dunia

1 Dec 2022 • 6:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada 3.15 petang tadi di kediamannya di Arau, dekat sini.

Allahyarham yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau.-Bernama