Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim Dipenjara 10 Tahun

WorldPolitics
30 Jun 2026 • 6:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim Dipenjara 10 Tahun

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim Dipenjara 10 Tahun

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah oleh mahkamah antirasuah negara itu.

Beliau disabitkan kesalahan dalam skandal rasuah membabitkan perolehan komputer riba Google Chromebook untuk sekolah di bawah program pendigitalan pendidikan.

Makarim, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dari 2019 hingga 2024 serta merupakan pengasas bersama syarikat teknologi Gojek, turut dikenakan denda sebanyak 1 bilion rupiah.

Selain itu, mahkamah mengarahkannya membayar ganti rugi berjumlah 809.6 bilion rupiah. Sekiranya gagal melunaskan bayaran tersebut, beliau berdepan tambahan hukuman penjara selama lima tahun.

Sebelum ini, pihak pendakwaan menuntut hukuman lebih berat iaitu penjara 18 tahun, denda 1 bilion rupiah serta pembayaran ganti rugi sebanyak 5.6 trilion rupiah.

Perolehan Chromebook dipersoalkan

Kes berprofil tinggi itu berkaitan proses perolehan Google Chromebook bagi sekolah-sekolah di Indonesia menerusi program pendigitalan pendidikan yang dilaksanakan antara 2019 hingga 2022.

Pejabat Peguam Negara Indonesia menamakan Makarim sebagai suspek pada September 2025 selepas mendakwa beliau bersama beberapa pegawai lain mempengaruhi spesifikasi teknikal perolehan supaya hanya produk Google memenuhi syarat yang ditetapkan.

Spesifikasi didakwa memihak Google

Menurut pihak pendakwa, pada Februari 2020, Makarim mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil Google Indonesia bagi membincangkan penggunaan produk Google, termasuk Chromebook, untuk kegunaan kementerian dan pelajar.

Hasil perbincangan itu, pihak pendakwa mendakwa kedua-dua pihak bersetuju menggunakan sistem operasi ChromeOS serta Chrome Device Management (CDM) sebagai sebahagian daripada projek perolehan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pendakwaan turut memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat walaupun penilaian yang dijalankan pada 2019 oleh kementerian terdahulu mendapati Chromebook tidak sesuai digunakan secara menyeluruh di Indonesia, terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai kekangan infrastruktur.

Baca juga:

Makarim juga didakwa mengeluarkan arahan teknikal yang menetapkan spesifikasi hanya sepadan dengan sistem operasi ChromeOS, sekali gus memastikan Chromebook menjadi pilihan utama dalam proses perolehan.

Menurut pendakwa, Chromebook dengan spesifikasi lebih rendah sepatutnya berharga sekitar 3 juta rupiah seunit, namun kerajaan didakwa membelinya pada harga kira-kira 6 juta rupiah bagi setiap unit.

Konflik kepentingan jadi tumpuan pendakwaan

Dalam prosiding mahkamah, pihak pendakwa turut mendakwa wujud konflik kepentingan kerana Google merupakan antara pelabur dalam syarikat induk Gojek, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hubungan perniagaan antara penyedia teknologi itu dengan syarikat yang diasaskan Makarim.

Pendakwa Raya, Roy Riady, berkata fakta perbicaraan menunjukkan terdapat hubungan pelaburan dan kepentingan perniagaan yang mewujudkan situasi tidak sihat dalam proses perolehan barangan kerajaan.

Google nafikan dakwaan

Bagaimanapun, Google menafikan semua dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa sebahagian besar pelaburannya dalam entiti berkaitan Gojek dibuat sebelum Makarim dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menawarkan, menjanjikan atau memberikan sebarang manfaat kepada pegawai Kementerian Pendidikan Indonesia sebagai balasan untuk memilih produk Google.

Kes ini disifatkan sebagai antara pendakwaan rasuah berprofil tinggi yang pernah membabitkan bekas menteri di Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved