Bekas PA Aliff Syukri akui memang tiada duit, akan ‘berjuang’ tanpa peguam

Politics
25 Jun 2024 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas PA Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani atau dikenali sebagai Mell mengakui tiada duit untuk mengupah peguam ke mahkamah pada Khamis nanti susulan saman fitnah yang dikemukan bekas majikan, Datin Seri Nur Shahida kira-kira lima tahun lalu.

Serah semua kepada Allah

Menerusi posting di Insta Story, Melati mengatakan yang dia memang sudah tidak mempunyai apa-apa sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T walau apa keputusan yang akan diterima nanti.

image is not available

“Saya memang tidak ada wang ringgit untuk mengupah peguam pada Khamis ni. Saya akan berjuang tanpa peguam. Saya memang tiada apa sekarang tapi saya ada Allah.

“Apa-apa keputusan pada Khamis ni saya hanya berserah pada Allah. Laa haula wa laa quwatta illa billah…

“Semoga semua dipermudahkan, amin,” tulisnya.

Bekas PA Aliff Syukri kata duit tak ikut bawa masuk kubur

Dalam pada itu, Melati juga sempat berkongsi satu video ceramah berkenaan golongan yang paling mulia di sisi Allah.

Dia juga meninggalkan kapsyen menyatakan wang ringgit tidak akan di bawa masuk ke dalam kubur walau mempunyai banyak sekalipun.

“Banyak mana duit pun, tiada satu ringgit pun duit tu mengikut masuk dalam kubur,” tulisnya ringkas.

image is not available

Bekas PA Aliff Syukri kalah saman fitnah

Terdahulu, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff memaklumkan yang pihaknya telah memenang saman fitnah yang telah dikemukan isterinya, Datin Seri Nur Shahida kira-kira lima tahun lalu.

Pada 29 Mei 2024, Melati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas majikannya di Instagram.

image is not available

Aliff Syukri juga memberitahu akan mengemukan saman balik terhadap wanita tersebut dan mahu mengheretnya ke penjara susulan fitnah-fitnah yang dilemparkan sebelum ini.

Sumber: Instagram melatighani_mell77