“Bila nak masuk tirai besi, baru ingat Tuhan” -Aliff Syukri perli bekas PA

25 Jun 2024 • 4:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri perli bekas PA, Melati Abdul Ghani susulan menyatakan akan berjuang sendiri memandangkan sudah tidak ada lagi duit untuk mengupah peguam.

Bekas PA mahu berjuang sendiri di mahkamah

Wanita itu juga memaklumkan yang dirinya menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T serta berharap agar urusannya nanti dipermudah sewaktu di mahkamah nanti.

image is not available

Aliff Syukri perli bekas PA, masa nak berbincang, ego

Susulan daripada itu, Aliff Syukri telah menjawab kenyataan yang dibuat bekas pembantu peribadinya di Instagram dengan memerli wanita terbabit memandangkan dia membawa-bawa nama Tuhan setelah kalah saman fitnah.

Ujar usahawan itu, dia telah memberi masa dan peluang untuk permohonan maaf namun wanita itu tetap ego dan menjaja cerita buruk tentang dirinya.

“Saya dah bagi peluang untuk berbincang, saya dah bagi masa untuk permohonan maaf. Tapi pihak di sana terus berdegil dan ego tinggi. Sekarang baru sedar langit tinggi atau rendah.

Masa tabur fitnah menjaja cerita saya time tu tak ingat Allah, skrg dah nak masuk tirai besi baru ingat tuhan. Ingat pada si pelaku. Tuhan tak pernah tidur. Alhamdulillah kebenaran bersama orang orang yang teraniaya,” ujarnya.

image is not available

Aliff Syukri perli bekas PA, baru nak ingat Tuhan

Terdahulu bekas PA usahawan itu telah berkongsi tangkapan layar tentang kenyataan Aliff Syukri yang mahu menyamannya semula dengan nilai lebih setengah juta kerana kesan negatif yang diterima susulan cerita buruk yang disebarkan beberapa tahun lalu.

Menurut Melati, dia akan berjuang sendiri di mahkamah nanti kerana memang sudah tidak mempunyai apa-apa lagi dan menyerahkan segala keputusan kepada Allah S.W.T.

image is not available

Dia juga mengatakan yang duit banyak tidak akan di bawa mati menerusi Insta Story miliknya selepas berkongsi satu potongan ceramah daripada Ustaz Wadi Annuar berkenaan golongan yang paling mulia di sisi Allah.

image is not available

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris