Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs Ibaratkan Penjara Sungai Buloh Seperti ‘Neraka’

Entertainment
28 Feb 2023 • 1:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group dan konspirator 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Roger Ng yang disabitkan bersalah, berkata dalam pemfailan mahkamah bahawa dia menghabiskan enam bulan di penjara Malaysia yang sangat teruk.

Roger Ng menceritakan perihal pemenjaraannya sebelum ini dalam surat kepada Hakim Daerah AS Margo Brodie untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman kerana peranannya dalam ‘rompakan’ dana 1MDB.

Menurut laporan The Star, dia mendakwa terpaksa tinggal bersama tikus, tidur di atas lantai simen, dan terdedah kepada jangkitan malaria serta leptospirosis.

image is not available

Selain itu, dia juga mendakwa bahawa dia kadangkala dirantai bersama 20 banduan lain dan ditahan dalam kurungan bersendirian sehingga dua minggu pada satu masa.

“Enam bulan di penjara Malaysia memberikan kesan yang buruk dari segi mental dan fizikal.

Sehingga hari ini, saya mendapati diri saya menyendiri secara sosial sambil saya terus menangani pengalaman kejam dan menyedihkan ini.

Masa tanpa cahaya matahari dan terpencil membuatkan saya hilang akal dan menjadi takut,” katanya.

Sebagai info, dia disabitkan oleh juri persekutuan pada April lalu atas tiga pertuduhan jenayah, termasuk bersubahat untuk melanggar undang-undang anti-rasuah AS dan bersubahat dalam money laundering.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.