Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu

LocalPolitics
18 Nov 2024 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Idris Harun. Foto Fail

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun adalah antara empat individu yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 November lepas.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; bekas Hakim Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Profesor Madya Dr Hartini Saripan.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya berkenaan mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

"Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2026," menurut kenyataan itu.

Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datu Abdul Razak Tready dan Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz yang tamat lantikan pada 3 September 2024.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan Md Raus, Suriyadi, Abdul Razak Tready dan Shamrahayu sepanjang tempoh mereka menjadi ahli suruhanjaya tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved