Bekas Pemain Bola Sepak Didakwa Edar 72kg Kanabis Bernilai RM6 Juta

13 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Bekas pemain bola sepak berusia 26 tahun didakwa mengedar 72kg kanabis.

  • Dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM6 juta.

  • Tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan.

  • Kes akan disebut semula pada 2 Februari tahun depan selepas laporan kimia diperoleh.

 

Seorang bekas pemain bola sepak, Muhammad Faiz Nazri, 26, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) kanabis pada 24 September lalu.

Advertisement

Didakwa Edar 72kg Kanabis

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa mengedar dadah berkenaan di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Alor Setar kira-kira pukul 6.30 petang.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, dengan tertuduh hanya mengangguk tanda faham.

pemain bolaKOSMO  

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sharmila Md Asri, manakala Muhammad Faiz yang berasal dari Perlis tidak diwakili peguam.

Berdepan Hukuman Berat

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan, hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 2 Februari tahun depan bagi serahan laporan kimia serta sebutan semula kes.

Muhammad Faiz kemudiannya diperintahkan ditahan di Penjara Alor Setar sehingga tarikh berkenaan.

Kanabis Ditemui Dalam Kereta

Terdahulu, seorang lelaki ditahan selepas polis menemui 72kg bunga ganja yang dianggarkan bernilai RM6 juta di dalam sebuah Toyota Wish.

Kenderaan itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kota Setar pada 24 September lalu.

Muhammad Faiz sebelum ini pernah bermain dalam saingan Piala Presiden bagi sebuah negeri. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lee zi jia2026-10-13 11:09:01

Lee Zii Jia Mohon Perintah Mahkamah Hadkan Kuasa Bapa, Kakak Urus Kewangan Syarikat

The post Bekas Pemain Bola Sepak Didakwa Edar 72kg Kanabis Bernilai RM6 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved