Rumusan Artikel
Seorang wanita mendakwa sikap pengotor bekas suaminya yang berusia 35 tahun menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah.
Lelaki itu didakwa malas mandi dan tidak menjaga kebersihan diri dengan sempurna selepas membuang air besar.
Walaupun berpenampilan kemas, memandu BMW dan tinggal di kondominium, tabiat sebenar lelaki itu hanya diketahui selepas mereka tinggal bersama.
Netizen berpendapat kebersihan diri merupakan tanggungjawab individu, manakala wanita berkenaan menasihatkan orang ramai supaya mengenali tabiat pasangan sebelum berkahwin.
Seorang wanita berkongsi tentang tabiat pengotor bekas suaminya yang menjadi antara punca keretakan rumah tangga mereka. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan meluahkan rasa jijik terhadap sikap bekas suaminya yang berusia 35 tahun kerana didakwa tidak menjaga kebersihan diri, termasuk selepas membuang air besar.

Suami pengotor, malas mandi
Menurut wanita itu, bekas suaminya bukan sahaja tidak membersihkan diri dengan sempurna selepas menggunakan tandas, malah boleh menghabiskan satu hari tanpa mandi, terutama pada hujung minggu.
Dia mendakwa sudah beberapa kali menegur dan berbincang mengenai perkara tersebut, namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan lelaki berkenaan.
Dah banyak kali aku cuba berkomunikasi dengan dia tentang perkara ini, tetapi dia tetap tidak berubah. Jadi, aku buat keputusan untuk tinggalkan dia.
Luaran Nampak Kemas, Hakikatnya Berbeza
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa bekas suaminya mempunyai kehidupan yang selesa, memandu BMW baharu, menetap di kondominium serta bekerja dalam perniagaan keluarga.
Bagaimanapun, gaya hidup mewah dan penampilan kemas itu didakwa tidak menggambarkan kebersihan sebenar lelaki berkenaan.

Malah, dia mendakwa bekas suaminya ada kalanya keluar bekerja tanpa mandi, sebaliknya hanya mengenakan pakaian bersih dan minyak wangi.
Kalau anda semua tengok dia ini, pandu BMW baru, duduk kondominium dan kerja di pejabat bisnes keluarga. Tapi disebabkan sikap pengotor itu, aku sendiri jadi jijik dengan kau. Siapa sahaja yang jadi isteri kau lepas ini mesti akan stres berdepan dengan sikap pengotor kau.
Netizen Tegur, Jangan Salahkan Ibu Bapa
Dalam perkongsian sama, wanita tersebut turut menyalahkan ibu bekas suaminya kerana didakwa gagal mendidik anak mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat reaksi berbeza daripada netizen yang berpendapat seseorang individu dewasa sepatutnya bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sendiri.
Wanita itu turut mengakui hanya mengetahui tabiat sebenar bekas suaminya selepas mereka tinggal bersama. Susulan pengalaman tersebut, dia menasihatkan golongan wanita supaya mengenali sikap dan tabiat bakal pasangan dengan lebih mendalam sebelum mendirikan rumah tangga, bukannya sekadar menilai penampilan luaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pad Berdarah Atas Meja, Kencing Di Ruang Tamu, Kisah Housemate Pengotor Jadi Tumpuan Netizen
The post “Dia Berak Tak Cebok, Tak Sabun Ye…” – Isteri Minta Cerai, ‘Fed Up’ Dengan Sikap Pengotor Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
