Bekas pemain kebangsaan era 90-an meninggal dunia

Football
17 Dec 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin Che Ros meninggal dunia pada usia 53 tahun. - Foto FAM

BEKAS pemain kebangsaan era 1990-an, Salahuddin Che Ros telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 53 tahun, pada Sabtu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika berkongsi perkhabaran itu berkata, Allahyarham yang merupakan anggota skuad Barcelona Babes 1992 turut pernah menyarung jersi Pahang dan Pulau Pinang.

“Semoga ALLAH SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” kata badan induk bola sepak negara itu di laman sosialnya pada Sabtu.

Untuk rekod, Allahyarham Salahuddin bermain di posisi pertahanan skuad Barcelona Babes yang dibentuk khas FAM pada 1990 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 1992.

Namun kegagalan projek itu menyaksikan skuad tersebut dibubarkan dan semua pemain pulang mewakili pasukan negeri masing-masing.

Namun Allahyarham Salahuddin disambar Pahang menyaksikan selepas dua tahun bersama Tok Gajah, berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 1992, sebelum kembali bersama Pulau Pinang pada 1994.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved