Bekas Pembantu Liew Chin Tong Mohon Maaf Selepas Tular Persenda Pekerja 7E Kerana Undi BN

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 10:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Pembantu DAP, Terrence Tey Zi Yang tampil memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa telah menghina staf sebuah kedai serbaneka, 7-Eleven pada 12 Julai lalu.

Dalam hantaran Instagram Storynya sebelum ini, dia menulis, “Pada jam 1 pagi ni, saya telah pergi ke 7-Eleven untuk beli Maggi mee. Staf sana yang bekerja shif malam berkata dia telah mengundi untuk Pannir (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Johor). Patutlah kau kerja dengan 7e.”

Hantaran itu dimuat naik oleh bekas Pegawai Pejabat ADUN Liew Chin Tong tersebut pada malam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu ketika DAP tewas di ADUN Perling kepada calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN), P. Pannir Selvam.

Image from: Bekas Pembantu Liew Chin Tong Mohon Maaf Selepas Tular Persenda Pekerja 7E Kerana Undi BN

Betindak Ikut Emosi, Tak Berniat Hina Pekerja Retail – Terrence

Menerusi hantaran tersebut dia mengakui kesilapannya malah tindakan itu dilakukan mengikut emosi. Pun begitu, dia sama sekali tidak berniat untuk menghina mana-mana pekerja sektor peruncitan.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk merendah-rendahkan atau menghina kakitangan berkenaan, mahupun mana-mana pekerja sektor retail yang sedang mencari rezeki yang halal.

“Tindakan saya yang terkhilaf ini jelas bertentangan dengan prinsip Muafakat Johor yang sentiasa menjunjung nilai keharmonian, saling menghormati, dan kesatuan sesama kita,” katanya menerusi posting di Instagram semalam (15 Julai).

View this post on Instagram

A post shared by Terrenceeee (@terrence_tzyyy)

Mohon Maaf Kepada Semua Pihak Yang Terguris Hati, Patut Hormati Hak Setiap Pengundi – Terrence

Selain itu, Terrence juga berkata bahawa dia sepatutnya mempamerkan profesionalisme yang tinggi dan menghormati hak setiap pengundi untuk memilih wakil rakyat secara bebas tanpa sebarang prejudis.

“Dengan rasa rendah diri dan penuh sesal, saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada kakitangan 7-Eleven yang telah saya guris perasaannya, seluruh warga kerja 7-Eleven, serta semua pekerja sektor retail lain yang terkesan dengan kenyataan saya,”

Terrence Perjelas Tidak Lagi Berkhidmat Di Pejabat ADUN Perling Ketika Hantaran Dimuat Naik

Dalam pada itu, Terrence menjelaskan bahawa dia bukan lagi merupakan kakitangan Pejabat ADUN Perling semasa hantaran itu dimuat naik dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan terbabit.

“Saya ingin memperjelaskan status perkhidmatan saya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Ketika hantaran tersebut dibuat, saya bukan lagi merupakan kakitangan Pejabat ADUN Perling, memandangkan 10 Julai 2026 adalah hari terakhir saya berkhidmat di sana.

“Justeru, kenyataan tersebut adalah sepenuhnya atas kapasiti peribadi saya dan langsung tidak mewakili pendirian DAP Perling mahupun Pejabat ADUN Perling,” jelasnya.

Jadikan Isu Ini Sebagai Satu Pengajaran, Akan Perbaiki Diri – Terrence

Mengulas lanjut, Terrence berkata dia menerima pengajaran ini dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan matang pada masa hadapan.

Sebelum ini, hantaran Terrence telah mendapat kecaman ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads. Ramai berkata keputusan untuk mengundi calon BN itu tiada mengena dengan pekerjaan staf 7-Eleven terbabit.

View on Threads

Malah tindakannya mendapat kritikan hebat dari bekas ADUN Skudai dari parti DAP, Marina Ibrahim yang sebelum ini telah mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur dari arena politik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved