Seminggu tinggalkan Umno, Puad Zarkashi muncul di pentas PH

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 10:17 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Seminggu tinggalkan Umno, Puad Zarkashi muncul di pentas PH

KUALA LUMPUR – Hanya seminggu selepas mengumumkan keluar UMNO, bekas Adun Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencuri perhatian apabila hadir ke program Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau, semalam.

Bekas Speaker DUN Johor dan mantan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu sebelum ini mengejutkan apabila menyatakan sokongan terbuka kepada calon PH di DUN Rengit, Mohamad Yazid Bakri, pada PRN Johor ke-16.

Di pentas Dialog Terbuka Belia Johor, Puad bukan sekadar hadir – beliau dilihat bersalaman dan berpelukan dengan Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau duduk bersebelahan Anwar sepanjang majlis berlangsung.

Ketika dijemput berucap, Puad menegaskan kehadirannya adalah tanda sokongan kepada calon PH DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

"Bukan senang nak pujuk saya, saya datang sebab sahabat lama. Ringkas sahaja, saya naik ke pentas PH ni sebab PH adalah Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) pun Kerajaan Perpaduan.
Tak ada salahnya, apatah lagi saya bukan lagi ahli Umno," katanya.

Puad mengakui menerima kecaman bertubi-tubi sejak menyatakan sokongan kepada calon PH Rengit, termasuk dilabel sebagai pengkhianat perjuangan Umno. Namun beliau tetap bertegas:

"Ada hina saya kata 'kalau masuk DAP lagi senang'. Tak apalah, yang penting saya akan teruskan keberanian politik supaya politik seimbang di Johor ini."

Puad sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Rengit, yang kini ditandingi Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar.

Beliau berundur dari Umno secara rasmi pada 25 Jun lalu – langkah yang terus menggoncang landskap politik Johor. - 5 Julai, 2026

The post Seminggu tinggalkan Umno, Puad Zarkashi muncul di pentas PH appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved