Bekas Pengacara Top Gear, Jeremy Clarkson Dinobat Lelaki UK Paling “Seksi” 2024

Entertainment
17 May 2024 • 10:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jeremy Clarkson Dinobatkan Sebagai Lelaki Paling “Seksi” Di UK

Jeremy Clarkson secara rasmi telah dinobatkan sebagai lelaki paling seksi di United Kingdom dan Ireland untuk tahun kedua berturut-turut, lapor Daily Mail.

Pengacara berusia 64 tahun itu berjaya mengalahkan senarai panjang pesaing yang lain termasuk Putera William, Idris Elba dan Cillian Murphy untuk menggondol pengiktirafan tersebut.

Tahun lepas, Jeremy juga berada di tangga teratas selepas para pengundi yang mengundinya tertawan dengan vibe ‘budak jahat’ yang ada pada pengacara tersebut.

Bahkan, Jeremy turut berjaya mencatatkan skor hampir sempurna, iaitu 9/10 dalam undian tahuan yang dijalankan oleh IllicitEncounters.com.

Dalam pada itu, Tom Holland yang terkenal menerusi watak Spiderman hanya menduduki tangga kedua dalam senarai 10 teratas selepas mendapat 8 mata.

Manakala Putera Wiliam berjaya merekodkan peningkatan yang mengagumkan apabila berada di posisi ketiga tahun ini, berbanding kedudukan hampir tercorot yang dicatatkan pada tahun lepas.

Jeremy Clarkson diundi Lelaki UK Paling Seksi 2024, kalahkan Tom Holland

image is not available
Kredit: AFP

Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate berada di tangga tempat keempat. Seterusnya, pelakon Ireland yang memiliki aura tersendiri, Cillian Murphy mengisi kedudukan kelima ini.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi watak Thomas Shelby dalam Peaky Blinders itu terpaksa berkongsi posisi itu dengan dua lagi nama iaitu Idris Elba dan Dermot O’Leary.

Ada nama-nama besar tersingkir daripada carat 10 teratas tahun ini

Sementara itu, beberapa nama besar turut tersingkir daripada kedudukan Top 10 tahun ini. Antaranya Mike Tindall yang jatuh daripada kedudukan ke-3 pada tahun lepas ke kedudukan ke-29 tahun ini.

Manakala seorang lagi pelakon, Ryan Reynolds juga menerima nasib yang sama apabila terpaksa menelan hakikat hanya berada di tangga ke-26 tahun ini, berbanding tangga keempat tahun lepas.

Seorang lagi pengacara terkenal, Piers Morgan juga menunjukkan penurunan yang amat ketara, daripada kedudukan ke-17 tahun lepas ke kedudukan ke-40.

Difahamkan, tinjauan tahunan ‘Lelaki Paling Seksi’ dari laman sesawang terkemuka melibatkan undian daripada sekurang-kurangnya 2,000 wanita.

Sumber: Daily Mail