Bekas Pengarah Besar Felda tidak mengaku tipu tukar hak milik tanah

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 9:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas Pengarah Besar Felda tidak mengaku tipu tukar hak milik tanah

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Besar Felda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu berhubung isu pemindahan hak milik 16 lot tanah milik Felda di Jalan Semarak, 12 tahun lalu.

​Tertuduh, Faizoull Ahmad, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

​Mengikut pertuduhan, dia sebagai Pengarah Besar Felda didakwa memperdaya Lembaga Pengarah syarikat sama dengan menyembunyikan fakta bahawa dokumen Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) memberi kuasa kepada syarikat Synergy Promenade Sdn. Bhd. untuk menukar hak milik 16 lot tanah.

​Tindakan itu secara tidak jujur telah mendorong Lembaga Pengarah Felda untuk bersetuju dengan Surat Kuasa Wakil berkenaan sehingga menyebabkan kesemua lot tanah milik agensi itu dipindahkan hak milik kepada syarikat Synergy Promenade KLVC Sdn. Bhd. dan Synergy Promenade Sdn. Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara Felda di Persiaran KLCC pada 2 September 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN

The post Bekas Pengarah Besar Felda tidak mengaku tipu tukar hak milik tanah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved