Lelaki didakwa urus pertubuhan Rohingya tidak berdaftar

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki didakwa urus pertubuhan Rohingya tidak berdaftar
Zafar Ahmad (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu atas dua pertuduhan berkaitan penglibatannya dengan Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM), sebuah pertubuhan yang didakwa tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Menurut kenyataan media JPPM, tertuduh, Zafar Ahmad Abdul Ghani membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ezrene Zakariah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah direkodkan dan mahkamah menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam perkembangan sama, JPPM menegaskan pihaknya memandang serius sebarang aktiviti melibatkan pengurusan, pengendalian atau promosi pertubuhan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut jabatan itu, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan semua pertubuhan beroperasi mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan yang berkuat kuasa.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan-peraturan berkaitan,” menurut kenyataan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved